Menghalau hantu Hantu_dalam_masyarakat_Melayu

Pada masa kini, kebanyakan orang sudahpun berfikiran moden dan akan mendapatkan rawatan di hospital atau klinik. Tetapi kadang-kala, pihak hospital atau klinik mendapati tidak terdapat sebarang masalah dijumpai. Biasanya keluarga si pesakit menganggap si pesakit diganggu sesuatu, dan akan berpaling kepada perkhidmatan traditional bagi cuba mengubati pesakit.

Perubatan cara menghalau hantu secara umumnya terbahagi kepada dua:-

  • Menggunakan khidmat sahabat jin bagi menghalau jin pengganggu, biasanya dengan cara menurun. Cara ini telah difatwakan haram oleh ulama.
  • Menurut petua yang tidak bertentangan dengan Islam, tiada bacaan tertentu cuma menggunakan bahan-bahan semulajadi.
  • Menurut ajaran keagamaan masing-masing.

Sesetengah yang berfikiran moden berpendapat, ia hanyalah kesan placebo. Selagi mereka yang diubati percaya mereka sihat, mereka akan sembuh dengan sendiri. Dalam erti kata lain, penyakit ini ialah penyakit dalam fikiran (psikologi).

Menurut cara perubatan Islam

  • Orang Melayu yang agak beriman akan berjumpa dengan orang alim seperti ustaz, Imam, lebai, pak aji atau tokoh agama di dalam kampung untuk menyelesaikan masalah ini dengan bacaan al Quran. Mereka yang sakit biasanya akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi memulihkan semangat, dan biasanya dimandikan/disuruh mandi dengan air campuran limau bagi menyegar badan. Selain itu, air yang dibacakan bacaan al Quran diberi minum bagi memulih/menguat semangat pesakit.
  • Bagi orang Melayu, hantu boleh dihalau dengan bacaan ayat-ayat suci. Oleh itu, orang Melayu menyimpan al Quran di rumah. Selain itu ayat-ayat Quran tertentu digantung di dinding-dinding rumah walaupun mereka tidak mengerti apa maksudnya dengan harapan hiasan al Quran ini dapat menghalau jin tanpa beramal dengannya. Perkara ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar, kerana Al Quran adalah untuk dibaca dan bukannya menjadi hiasan.

Rujukan

WikiPedia: Hantu_dalam_masyarakat_Melayu http://mistique.i8.com/ghozt.htm http://mistique.i8.com/tragedi_pemikiran_melayu.ht... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TamarJa... http://books.google.com.my/books?id=6u8MAQAAMAAJ&q... http://books.google.com.my/books?id=NNcXrBlI9S0C&p... http://books.google.com.my/books?id=_eqWwjSVFYAC&p... http://books.google.com.my/books?id=kjbaJrnVpDAC&p... http://books.google.com.my/books?id=mgYQ4Cl16OkC&p... https://books.google.com.my/books?id=LNu6b6uY7PgC&... https://books.google.com.my/books?id=uhKWCwAAQBAJ&...